Salam yang takde gambar dan nama jangan risau email kat editor atau mms nanti kawan masukkan dan bagitau kawan kawan yang lain k enjoy SHAH 0127043252 arashfakri@yahoo.com.my sape sape dah start cht ke coment ke kawan higlite nama dia k

Sekolah kesayangan ku

Sekolah kesayangan ku
Selamat Datang bekas pelajar ssaj 9293 azlan,belon ,shah,ajis, fadhil,ajak,hakim,ijal,tuah,norlin,hesham, norisham,mazlita,mahathir,badrulzaman,linda,rabihin dan juga ALFATIHAH kepada sahabat2 kita yang telah kembali keramatullah iaitu alyarham zubir bin atan ,azizan bin mahmod, rudy idham dan juga allahyarhammah mariana amin

Pages

GENG BAS SEKOLAH

GENG BAS SEKOLAH

Sunday, March 7, 2010

INFO

Satu perkara yang dilakukan oleh manusia lebih dari kehidupannya adalah tidur.

Perniagaan pertama yang diceburi oleh Bill Gate ialah mencipta mesin mencatat kelajuan kenderaan

Wednesday, March 3, 2010

TIP UNTUK BERJAYA DALAM HIDUP

. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.